The Gospel in 6 Minutes/ms

From Gospel Translations

Revision as of 18:06, 10 July 2008 by JoyaTeemer (Talk | contribs)
Jump to:navigation, search


Related resources
More By
Author Index
More About
Topic Index
About this resource

©

Share this
Our Mission
This resource is published by Gospel Translations, an online ministry that exists to make gospel-centered books and articles available for free in every nation and language.

Learn more (English).

By About

==== Apa itu Injil (Berita Baik)?====

Apakah itu injil? Biar saya simpulkan dalam satu ayat.

Injil adalah berita bahawa Yesus Kristus, Yang Maha Muhsin, telah mengorbankan Diri demi dosa kami dan bangkit semula, menewaskan segala musuhnya supaya sekarang tiada lagi hukuman terhadap mereka yang percaya, tetapi hanya kegembiraan yang abadi. Itulah Injil.

Anda Sentiasa Perlukan Injil

Anda tidak mungkin sampai suatu tahap dimana kamu tidak lagi memerlukan Injil. Jangan sesekali menyangka bahawa Injil itu, “Cara kamu diselamatkan, dan selepas itu, kamu menjadi gagah lalu meninggalkan injil untuk membuat perkara lain.”

Tidak! Tuhan menguatkan kita melalui Injilnya, setiap hari, sahingga hari kita meninggal dunia.

Pertumbuhan rohani anda tidak mungkin menjangkau keperluan anda untuk mengkhutbahkan Injil kepada dirimu sendiri.

Cara Injil Meneguhkan Anda

Biar saya berikan contoh dari hidupku sendiri. Saya menggunakan contoh ini bukan kerana terasanya hebat untuk bercakap tentang hidup saya, tetapi hanya kerana ia merupakan suatu perjalanan yang telah saya rentasi. Di situ, saya telah mengalami kuasa Injil untuk memperkasakan jati diriku dengan jelas sekali pada tahun lalu. (Ramai diantara kamu sedang merentasi hal-hal yang berkali ganda lebih membebankan daripada barah prostat.)

Kamu masih ingatkah ayat-ayat yang telah saya kongsi denganmu bulan Febuari lalu? Ayat-ayat yang telah menguatkan diri saya? Apabila doktor berkata, ”Saya rasa kita harus buat biopsi,” itulah waktunya rasa gentar dan khuatir muncul. Tetapi, kerana belas kasihanNya, ia tidak tahan lama.

Apa yang terjadi ? 1 Tesalonika 5:9-10. Di sinilah Injil yang tulen.

Kerana Allah tidak menetapkan kita untuk ditimpa murka, tetapi untuk beroleh keselamatan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita, yang sudah mati untuk kita, supaya entah kita berjaga-jaga, entah kita tidur, kita hidup bersama-sama dengan Dia.

Beres. Saya mengalami kedamaian bagaikan sungai.

Injil Itu Sempurna Untuk Keperluan Kamu

Itulah Injil – tepat masanya, sesuai aplikasinya, sempurna memenuhi keperluan saya. Itulah sebabn Al-Kitab itu begitu tebal – kerana terdapat pelbagai keperluan yang kita ada. Dan terdapat pelbagai tempat yang sesuai di dalam Al-Kitab dimana makna Injil itu didedahkan. Jadi, jika kamu membenamkan diri di dalam Al-Kitab, selalunya dengan mata untuk memerhati segala yang Kristus telah lakukan bagi kamu, dan bagaimana Dia menebus kamu di dalam sejarah menyeluruh dan gemilang interaksi Allah dengan umatNya, Dia akan membekalkan apa sahaja yang kamu perlukan.

Oleh kerana itu, seluruh diri saya berkata, dan harapan saya adalah untuk berkata sebegini sampai ke hari saya meninggal, ”Sekarang, kepada Dia yang boleh menggagahkan saya, melalui Injil Paulus, kepada Dia – Kepada Allah itu – Kemuliaan untuk selama-lamanya.”

Tuhan telah menembusi sejarah manusia sebagai Yesus Kristus; Dia telah mati disalib untuk memusnahkan kuasa neraka dan kematian dan Syaitan dan dosa; dan Dia melakukannya melalui Injil Yesus Kristus.

Rayuan Untuk Percaya

Saya tahu bahawa ada orang yang membaca ayat-ayat ini yang tidak menaruh kepercayaan kepada Yesus Kristus, dan kerana itu, hanya mampu menantikan penghukuman. Saya hendak merayu kepada kamu, hentikanlah pemberontakan kamu. Serahlah dirimu. Hanya perlu anda memeluk Injil berkenaan Yesus Kristus, Anak Allah, Yang Maha Benar yang telah mati demi dosa kamu. Dia telah bangkit pada hari ketiga, dan telah menewaskan kesemua musuh-musuhNya. Dia akan memerintah sehingga semua musuhNya diletakan di bawah kakiNya. Pengampunan dosa dan perhubungan yang betul dengan Allah hanya datang secara percuma melalui kepercayaan atas Yesus sahaja.

Saya merayu kepadamu: Jangan cuba perkasakan diri kamu dengan kekuatan sendiri; ia akan hilang apabila benar-benar diperlukan. Hanya satu kegagahan yang akan sentiasa hadir – kekuatan yang diberikan Allah melalui Injil.

Jangan tunggu lagi.


Navigation
Volunteer Tools
Other Wikis
Toolbox